Berita Terkini
recent

“Dia Tergesa-Gesa Nak Menikah Kerana Sesuatu” - Joy Revfa

AGAKNYA bilakah masalah rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun dan Joy Revfa ini akan selesai selepas mereka masing-masing mempunyai pendapat sendiri berhubung kemelut yang berlaku.

Hafiz, 33, telah memberi amaran kepada Joy atau Siti Arifah Mohd Amin agar mengambil serius terhadap permohonan faraq nikah difailkan Joy di mahkamah selain tidak ambil mudah hal berkenaan.

Bagaimanapun, Joy berharap penyanyi tersebut berhenti memanipulasikan namanya dan masyarakat terhadap kenyataan diberi.

"Saya harap Hafiz tak perlu manipulasi masyarakat dan saya dah puas dimanipulasi oleh dia di media terus menerus, untuk kata saya tidak serius.

"Fokus pada kes? Tuntutan saya jelas... pernikahan ini sah atau tidak, biarlah mahkamah yang menentukannya.

"Ini adalah cara yang terbaik untuk selesaikan. Bukan dengan cara licik yang lain. Dari awal, dia yang tergesa-gesa ingin bernikah dengan saya sebab ada sesuatu yang mungkin dia harapkan namun tak tercapai," kata Joy.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Khamis menangguhkan permohonan faraq nikah difailkan Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu.

Kata Joy lagi, dia memahami mengapa pihak Hafiz beremosi dan menjauhkan diri daripadanya sejak awal dan membuat pengakuan penikahan mereka tidak sah.

Menurut Joy, status hubungan mereka mula dihidu apabila Hafiz mula berkongsi masalah yang dihadapi mereka kepada pihak luar.

"Saya faham kenapa pihak sana beremosi dan menjauhkan diri daripada saya sejak awal dan membuat pengakuan sendiri nikah tidak sah walaupun belum disahkan di mahkamah lagi.

"Malah dia juga buat saya seolah-olah musuh dia pula dan mengeruhkan lagi keadaan bila ada blog dan media bongkarkan isu ini yang sepatutnya dirahsiakan.
"Netizen dapat hidu setelah saya difitnah disekat laman sosial oleh dia, foto dihapuskan dan surat yang sepatutnya dirahsiakan tersebar menerusi kenalan rapatnya ," ujar Joy.

Dalam pada itu, Joy memberitahu jika Hafiz seorang lelaki berilmu agama, dia seharusnya datang berbincang secara baik dengannya bukan berdiam diri dan menjauhkan diri.

Semenjak isu mereka diperkatakan, Joy berkata dia sahaja yang mengambil langkah untuk bertemu dan memuat naik gambar bersama supaya netizen tidak dapat menghidu masalah mereka. 

"Kalau benar dia lelaki berilmu agama, dia harus datang secara baik untuk berbincang bukan mendiamkan diri. Jumpa di rumah keluarga saya baik-baik jika ingin melepaskan tetapi dia tidak buat begitu.
"Selama ini hanya saya saja yang ingin berjumpa dia dan muat naik foto bersama di Instagram supaya netizen tak hidu yang kami tidak tinggal sebumbung.

"Betapa saya sebagai isteri ingin menjaga nama baiknya sebagai ustaz walaupun hati saya sakit diabaikan dan dibiarkan begitu saja," kata Joy.

Namun kata Joy dia yakin dugaan yang diterima untuk menyedarkan dirinya kepada Allah dan jalan penyelesaianya.

Hafiz sebelum ini pernah mendakwa masalah rumah tangga mereka mula diperkatakan apabila Joy kerap kali berkongsi status di laman sosial dengan kapsyen yang membuatkan orang ramai ragu status mereka itu.


Powered by Blogger.