Berita Terkini
recent

Design Busana Alyah Dikatakan Seperti Rahib

Memang tidak dinafikan selebriti akan dikritik apabila berfesyen. Biasalah, selebriti pastinya akan mengenakan fashion yang fresh dan lain daripada yang lain.

Terbaru, Datin Alyah menjadi perhatian ramai apabila dia tampil dengan baju berwarna hitam dan putih. Dia juga mengikat skaf hitamnya ke belakang leher.

Namun, berlakunya kontroversi apabila pengikut telah menyamakan pakaiannya dengan memakai baju menyerupai rahib.

Selain itu, sebahagian pengikutnya di laman Instagram memuji penampilan Alyah yang tampak segar dengan penampilan itu.


Alyah menggayakan busana tersebut sempena sebuah acara di ibu kota minggu lalu nampaknya suka dengan busana yang unik dan cantik hitam dan putih itu direka oleh pereka fesyen Syafieq Ayamna dan Erieyzulkifli.

Tulisnya “TQ so much” dengan menulis kedua nama pereka busananya.

Namun, menerusi satu entri di akaun Instagram milik Alyah, dilihat dia juga ada memuatnaik satu foto dengan kapsyen seolah bengang dengan sikap netizen yang suka mengkritik di ruangan komen miliknya.

Jelas Alyah, tidak semena-mena busana ini menjadi isu besar hingga melibatkan agama dan ia hanya kebetulan kerana kombinasi warna baju itu menyerupai rahib.

Tambah Alyah, dia juga tidak sangka pula orang melihat dia menggayakan skaf ikat ke belakang juga dikritik.

“Tak kisah orang nak cakap pakaian macam raheb ke?sister ke?suster ke? i ok je insyaAllah dan selalu minta pada Allah swt sentiasa letak hati i dalam islam.

“Pernah tak melihat atau terkena insident baju sama colour dgn baju pasangan orang lain atau baju sama colour dengan langsir jiran atau baju sama mcm alas meja kedai makan western atau baju sama mcm colour pentas, semua yang di atas sama je dengan kes baju i ni.

“Dalam berfashion jangan takut dengan ayat salah or tak sesuai.Sebab bila fashion dibawa oleh masa salah bole jadi betul, tak sesuai bole jadi padan.

“Komen kat IG sendiri klu tak puas hati, jangan nak buat kacau kat IG orang,” tulisnya.
Wow macam geram sungguh  Datin Alyah.  Sabarlah, kadang-kadang ada pendapat orang yang kita boleh pertimbangkan, ada juga yang tak boleh pakai langsung.  Sama-sama berusaha ke arah yang terbaik.
Powered by Blogger.