Berita Terkini
recent

Demi Song Hye Kyo, Joong Ki Kata "Tidak!" Pada Netflix

Bintang sensasi Song Joong Ki dilaporkan sanggup menolak tawaran membintangi drama terbitan Netflix demi mahu memberi tumpuan pada persiapan perkahwinan selain dia dikatakan tidak mahu 'berjauhan' dengan bakal isterinya, Song Hye Kyo.

Terdahulu, media melaporkan aktor berusia 31 tahun itu akan berlakon dalam drama bertajuk Kingdom, berkisar seorang putera raja yang bertanggungjawab melindungi kerajaannya daripada serangan sekumpulan zombi.


Bagaimanapun, agensinya iaitu Blossom Entertainment telah mengesahkan ketika ini Joong Ki hanya mahu memberi tumpuan kepada Hye Kyo.

"Song Joong Ki melepaskan tawaran wataknya dalam drama Kingdom. Buat masa ini dia belum membuat keputusan untuk menerima apa-apa projeknya yang seterusnya," berikut kenyataan oleh Blossom Entertainment.

Antara sebab lain, drama tersebut dijangka akan mula menjalani penggambaran pada Oktober namun Joong Ki mahu meberi fokus kepada persiapan perkahwinannya yang akan berlangsung pada 31 Oktober nanti.

"Kami telah berbincang mengenai penampilan Song Joong Ki tetapi pihaknya menolak.

"Disebabkan sesi ujibakat dilakukan dengan pantas, kami akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

"Pada mulanya kami memang merancang memulakan penggambaran pada bulan September, tetapi kami mahukan produk akhir menjadi lebih baik, jadi prosesnya ditangguhkan dan penggambaran akan bermula pada bulan Oktober," jelas salaha seorang kru produksi drama berkenaan.

Dan apabila bermula penggambaran nanti, para pelakon yang terlibat akan sibuk dilokasi sekaligus menuntut mereka memberikan sepenuh dedikasi terhadap proses pembikinan drama itu sehingga selesai.

Pembikinan drama tersebut dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini dan akan ditayangkan pada pertengahan tahun depan.

Bagi Joong Ki dan Hye Kyo, sebagai pasangan yang baru berkahwin mereka tentunya mahu menghabiskan masa tahun pertama mereka bersama-sama dan memperlahankan karier lakonan buat sementara waktu.

Powered by Blogger.