Berita Terkini
recent

Datuk Eizlan Yusof Sedih Dipersendakan Zizan

Kecoh di media sosial baru-baru ini dengan kontroversi pelawak terkenal, Zizan Razak sewaktu di majlis anugerah Festival Filem Malaysia ke-29 tempoh hari.

Apa yang kurang enak, tempias lawak itu terkena kepada dua pelakon hebat Malaysia, Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan Yusof.

Eizlan Yusof yang ditemu bual sebuah portal hiburan berkata pada mulanya dia merasa sedih dengan tindakan Zizan Razak mempersendakannya dan Hans Isaac berhubung gelaran Datuk yang diterimanya.Namun, dia menghormati tindakan Zizan yang menghubunginya untuk mengaku kesilapan. Malah Zizan turut membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Siapa yang tak sedih apabila perkara sebegini boleh berlaku. Saya memang senada dengan Hans.

“Apa yang dia rasa, saya pun sama seperti itu. Tapi semua sudah selesai. Saya hormat dengan tindakan berani Zizan yang membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Malah, dia juga ada menghubungi saya untuk meminta maaf. Saya terima permohanan tersebut,” kata Eizlan kepada sebuah portal online.

Dalam pada itu, Eizlan berkata bangga dengan Hans mempertahankan diri dan rakan selebriti yang lain membawa gelaran Datuk.

Menurut Eizlan, dia berharap agar masyarakat mengambil iktibar dari kejadian seperti ini dan tidak mempertikaikan institusi diraja. Lebih-lebih lagi gelaran itu merupakan amanah yang diberi.

“Saya harap selepas ini seluruh rakyat Malaysia tidak lagi mempertikaikan institusi diraja kerana ia adalah lambang kedaulatan negara dan perpaduan masyarakat Malaysia.

“Apabila diberi gelaran Datuk, ia menjadi tanggungjawab kami memegang amanah yang diberi oleh institusi tersebut,” ujarnya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.