Berita Terkini
recent

Dara (2NE1) Mengaku Pernah Jadi Peminat Fanatik

Meskipun ramai peminat menganggap 'sasaeng' selalu mengganggu dan berbahaya kepada selebriti namun Sandara Park mendedahkan bahawa dia pernah menjadi 'sasaeng' sebelum bergelar artis.



Istilah 'sasaeng' bermaksud "peminat yang obses" dan mereka boleh bertindak ekstrem terhadap idola kegemaran mereka.

Baru-baru ini Sandara mengaku dia pernah melakukan perkara-perkara seperti mana yang dilakukan sasaeng. Antaranya, menunggu di depan rumah artis kegemaranya untuk mememerhatikan apa yang mereka lakukan dan merakam gambar mereka.

Bekas anggota 2NE1 ini mengaku dia sebenarnya adalah peminat kumpulan popular era 90-an, Fin.K.L. Bukan itu saja, sehingga kini dia masih menyimpan koleksi gambar kumpulan kesayangannya itu

"Ya, saya sangat meminati mereka daripada dulu sampai sekarang. Ini gambar-gambar mereka yang pernah saya pernah ambil," dedahnya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.