Berita Terkini
recent

Chrissy Teigen Tukar Seluar Dalam John Legend Dengan Pisang

Model Chrissy Teigen sering menghabiskan masa lapang dengan melakukan hobinya, iaitu memasak. Tidak hanya memasak juadah kegemaran keluarga, isteri kepada penyanyi John Legend ini juga gemar mencuba resipi baharu.

Nak dijadikan cerita, baru-baru ini wanita berdarah Thailand ini mahu menyediakan roti pisang namun malangnya dia kekurangan bahan utama iaitu pisang yang sudah masak.

Lalu Chrissy cuba mendapatkan bantuan daripada para pengikutnya di laman sosial Twitter. Dia mengadakan peraduan iaitu mana-mana netizen di sekitar Los Angeles yang mempunyai 6 biji pisang masak, ibu anak satu ini akan menukarnya dengan beberapa hadiah termasuk seluar dalam suaminya.

..

Tidak lama kemudian, salah seorang netizen menawarkan Chrissy dua biji pisang masak tetapi selebriti berusia 31 tahun itu masih belum berpas hati. Mujurlah ada seorang pengikut dikenali sebagai Meg Zukin memberitahu dia punya lima biji pisang masak dan bersedia untuk ditukar dengan hadiah yang ditawarkan Chrissy.

Walaupun kurang sebiji, tetapi Chrissy tetap menerima tawaran Meg. Kemudian dia menghantar seorang pembantu yang juga merupakan ibunya sendiri untuk membuat pertukaran tersebut.

..

Sementara itu, seorang netizen bertanya kepada John Legend menerusi Twitter apakah dia tahu bahwa seluar dalamnya diberikan kepada orang lain.

Pelantun lagu All of Me itu kemudian membalas, "Ya, dan saya membenarkannya. Tak boleh buat roti pisang kalau tiada pisang masak," tulisnya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.