Berita Terkini
recent

Buta Gara-gara Buat Tatu Dalam Mata

Seorang model dari Kanada, Catt Gallinger telah mengalami kerosakan kekal pada bahagian mata kanannya setelah membuat tatu pada selaput bola matanya(Skera).

Doktor juga memberitahu Gallinger bahawa dia mengalami kerosakan kekal pada bahagian mata kanan.

Dia turut berkongsi kesan buruk tatu itu untuk memberi amaran kepada orang ramai supaya berfikir dengan waras sebelum membuat sebarang perubahan pada anggota badan untuk meraih populariti.
Selain itu, dia turut berkongsi video menunjukkan matanya yang dipenuhi cecair berwarna ungu di facebook miliknya.

Ruangan komen di Facebook Gallinger juga dihujani pelbagai reaksi daripada  pengikutnya di laman sosial yang begitu prihatin terhadap kejadian yang menimpa.

Perkongsian gadis itu telah menerima lebih daripada lebih 2 juta tontonan.di Facebook .Pelbagai komen dicurahkan dibahagian komen bertanya soalan.





Menurut Gallinger, doktor percaya saiz jarum, kedalaman dan jumlah dakwat yang digunakan untuk menghasilkan tatu tersebut menyebabkan Gallinger mengalami simptom awal.

Mereka bimbang bakteria terperangkap dalam dakwat yang berlebihan telah menjangkiti matanya menerusi peralatan yang tidak disteril dengan betul.

Disebabkan itu, sebelum bertindak, haruslah berfikir dahulu. Jangan menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian pun tidak berguna.
Powered by Blogger.