Berita Terkini
recent

Burger King Desak Filem 'It' Diboikot

Tayangan filem seram bertajuk It mencetuskan kontroversi di Rusia baru-baru ini.



Sebuah rangkaian makanan segera Burger King mendesak Federal Anti-Monopoli (FAS) agar filem arahan Andres Muschietti itu diboikot.

Alasannya, kerana watak utama, badut Pennywise seolah-olah mirip dengan maskot Mc Donald, Ronald McDonald sekaligus pihak berkenaan mendakwa kemiripan itu dapat digunakan sebagai alat promosi rival dagang perniagaan.

Menurut jurucakap FAS, dakwaan berkenaan telah diterima dan sedang di evaluasi.

"Kami tidak dapat memperhatikan isi filem karena penulis dan sutradara memiliki pemahaman kreatif masing-masing menerusi karakter," katanya seperti yang dilaporkan NME.

Dia juga menambahkan, pihaknya akan memastikan sama ada filem "It" mengiklankan produk atau tidak.

Setakat ini, 'It' telah meraih kutipan USD 14 juta di Rusia. Filem tersebut kali terakhir ditayangkan di pawagam serata Rusia pada 26 September lalu.

Sementara itu, dakwaan Burger King ini secara tidak langsung 'memancing' respon kalangan netizen.

"Saya rasa ketua Burger King Rusia seharusnya bermain Pennywise," sindir seorang pengguna akaun media sosial Facebook.

'It' merupakan filem adaptasi daripada novel terbitan tahun 1986 dengan judul yang sama nukilan penulis Stephen King.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.