Berita Terkini
recent

Bunkface Bakal Berduet Dengan Jeffrydin

KUMPULAN Bunkface meluahkan hasrat untuk berkolaborasi dengan penyanyi veteran Datuk Jeffrydin menerusi album terbaharu yang bakal diterbitkan pada tahun hadapan.

Menurut Sam atau Shamsul Annuar Mohd Baharom, 29, lagu yang dicipta itu mempunyai aura pop yeh yeh dan sememangnya sangat sesuai dengan penyanyi tersebut.

"Masa buat lagu tersebut, hanya Jeffery Din yang kami nampak untuk nyanyi bersama. Mungkin sebab karakter lagu itu yang kena dengannya," kata Sam.

Bunkface ditemui di BF Rock Station, Subang Jaya, bagi memperkenalkan lagu baru berjudul Kembalii.

Ia akan dilancarkan pada Jumaat.

Sam berkata, lagu tersebut sudah dimuatkan dalam album Malam Ini Kita Punya tetapi diberi nafas baru kerana ia berpotensi untuk dikeluarkan sebagai single.

Lagu Kembalii dieja dengan dua 'i' dibelakangnya sebagai simbolik kepada versi kedua lagu terdahulu yang berjudul sama.

Malah, video muzik lagu ini dirakam di Bromo, Indonesia dan lagu pertama yang dirakam di studio BF Rock Station.

Sebelum ini, studio itu hanya menyediakan perkhidmatan jamming tetapi kini telah diubah suai sepenuhnya sebagai studio rakaman.


Powered by Blogger.