Berita Terkini
recent

'Buat sahabat baik, Fazura' kata Fattah

AKTOR kacak, Fattah Amin menjelaskan jumlah bunga mawar yang dihadiahkan kepada Fazura tidak mempunyai maksud tertentu.

Sebaliknya kata Fattah, 500 kuntum mawar putih dan merah jambu itu adalah tanda penghargaan darinya untuk Fazura yang dianggap sebagai kawan baik.

"Ia tidak membawa apa-apa simbolik. Bunga itu sekadar hadiah untuk sahabat baik yang sentiasa memberikan perangsang dan tanda sokongan kepada kerjaya saya.

"Dia patut rasa bahagia pada hari ulangtahunnya yang hanya disambut setahun sekali," katanya.

Ketika dihubungi, Fattah mengucapkan selamat hari jadi buat Fazura dan berharap persahabatan mereka berpanjangan.



"Selamat ulang tahun buat Fazura. Semoga diberikan usia panjang dan penuh kebahagiaan. Semoga Allah sentiasa menjaga persahabatan kita.

"Saya juga mendoakan Fazura selalu diberikan kesihatan, kekuatan dan kebaikan serta sentiasa dalam lindungan Allah SWT," katanya.

Terdahulu, Fattah memberi kejutan sempena ulangtahun kelahiran Fazura yang ke-34 dengan memberikan 500 kuntum bunga mawar.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.