Berita Terkini
recent

Bintangi DOTS Versi Pakistan, Aktor Ini Curi Tumpuan

Walaupun sudah setahun tayangan drama Korea, Decendents of The Sun (DOTS) tamat namun impak dan fenomenanya sehingga kini masih menular.



Terbaru, drama yang dibintangi pasangan sensasi Song Joong Ki dan Song Hye Kyo itu akan dihasilkan dalam versi Pakistan.

Namun apa yang lebih menarik, peminat drama tersebut sudah mula memperkatakan mengenai aktor yang akan melakonkan karakter 'Yoo Shi Jin' iaitu watak yang dimainkan Song Joong Ki.

..

Watak kapten pasukan tentera itu akan dihidupkan oleh Imran Abbas, seorang pelakon Pakistan yang memulakan kariernya sebagai seorang model sebelum bergelar pelakon.

..

Selain memiliki wajah yang tampan dan mempunyai pesona tersediri, pelakon berusia 34 tahun ini dikatakan cukup sesuai untuk melakonkan watak tersebut.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.