Berita Terkini
recent

Beza 15 Tahun, Baim Wong & Kekasih Saling Terima Kekurangan

Hubungan cinta aktor popular Indonesia Baim Wong, 36, dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Vebby Palwinta semakin serius.

Menurut bintang sinetron Cinta 7 Susun itu, walaupun berbeza usia 16 tahun namun tidak menghalang mereka untuk membina hubungan malah saling menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing.

"Ya meskipun beza 15 tahun, tapi Alhamdulillah kita boleh sama-sama faham kekurangan masing-masing, kerana kalau bercakap tentang kelebihan kan pasti banyak ya," ujar Baim Wong seperti yang dilaporkan sebuah portal media Indonesia.

Tambah Baim, dia terpikat dengan gadis berusia 21 tahun itu bukan saja kerana dia memiliki paras rupa yang cantik tetapi kerana buah hatinya itu seorang wanita yang jarang keluar bersosial. Selain, keluarga Vebby juga dapat menerimanya dengan baik.

"Dia juga wanita yang baik, cantik, saleh dan anak rumahan. Keluarganya juga baik, dan kalau dia keluar juga saya nggak was-was ya, saya percaya sama dia," ujarnya.

Baim mengaku akan melamar dan mengahwini Vebby Palwinta dalam masa terdekat ini tidak mahu bercinta lama-lama dengan aktres muda itu.

Terdahulu, nama Baim pernah menjadi bualan hangat netizen Malaysia ekoran dia digosipkan dengan aktres Elfira Loy.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.