Berita Terkini
recent

Bengkak disangka bisul rupanya kanser

Pasangan suami isteri tidak menyangka bengkak pada betis kanan anak sulongnya sejak Disember tahun lalu rupanya tanda awal remaja itu menghidap kanser tulang.

Mohd Razali Mat, 40 dan isterinya, Roziana Abdul Rahman 37,pada mulanya membawa anaknya, Nurul Faiza, 16,pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)  Mengkebang berubat secara tradisional kerana menganggap bengkak berkenaan tidak merbahaya.

Bagaimanapun, dalam tempoh singkat bahagian tersebut makin membesar sehingga gadis itu mula merasa sakit pada bahagian betisnya.

Mohd Razali berkata, dia kemudiannnya membawa anak sulungnya ke Hospital Kuala Krai,setelah menjalani pemeriksaan doktor mengesahkannya menghidap kanser tulang.


Menurutnya,dalam tempoh empat bulan bengkak betis Nurul Faiza makin membesar sehingga mencapai saiz paha orang dewasa.

"Sejak dari itu kami terpaksa berulang alik ke hospital terutamanya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menjalani rawatan.

"Setiap bulan saya perlu temani anak di hospital, jadi saya tidak dapat bekerja dan hilang sumber rezeki,kebiasaannya selama seminggu kami di hospital," katanya yang hanya menoreh getah penduduk kampung kepada kepada Sinar Harian.

Bapa kepada lima anak ini berkata,dia bernasib baik kos rawatan anaknya  ditanggung insurans pelajar, bagaimanapun masih memerlukan sumbangan untuk menguruskan Nurul Faiza termasuklah untuk menanggung empat lagi anaknya yang mana tiga daripadanya masih bersekolah, sementara isterinya suri rumah sepenuh masa.

Katanya, sejak Nurul Faiza perlu berulang alik ke HUSM,dia telah menggunakan duit simpanan serta wang sumbangan orang ramai lebih RM20,000.

Menurutnya, wang simpanannya makin berkurangan membuatkan dia memohon sumbangan untuk rawatan susulan anaknya di HUSM.

"Bulan lepas saya ada menghantar borang permohonan bantuan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, (JKM)  sekarang kami sedang menunggu keputusan.

"Sekiranya permohonan diluluskan, dapatkan kami gunakan untuk kegunaan setiap kali Nurul Faiza ditahan wad," katanya.

Menurutnya, Nurul Faiza yang tidak boleh bergerak terlalu banyak turut memakai lebih kurang 100 keping lampin pakai buang setiap bulan.

Katanya,tahap kesihatan anaknya tidak menentu,doktor  turut memaklumkan kuman telah merebak ke paru-paru Nurul Faiza.

Orang ramai berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun  Bank Islam Mohd Razali Mat, 0307 2021 1622 83.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.