Berita Terkini
recent

Bendera Pas dicabut PBT

 Bendera Pas yang di pasang oleh para petugas Fastaqim 2.0 di atas Jambatan Sultan Mahmud kuala Terengganu telah dicabut oleh pihak berkuasa tempatan.

Pengerusi Fastaqim 2.0, Nasrudin Hassan menjelaskan, sememangnya bendera itu dipasang bagi menyambut kedatangan seluruh ahli dan penyokong Pas dari seluruh negara ke Terengganu.

"Namun pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan sebarang bendera dipasang di atas jambatan tersebut dan mereka telah mencabutnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menjelaskan insiden itu, ujarnya AJK Fastaqim 2.0 akur dengan larangan tersebut dan kami akan mengambil kembali semua bendera Pas yang telah dicabut untuk dipasangkan kembali di lokasi-lokasi yang dibenarkan seperti sekitar jalan masuk Pantai Tok Jembal dan lainnya.

"Sebagai pengerusi, saya harap semua petugas yang telah bertungkus lumus membuat persiapan dan menceriakan suasana Fastaqim 2.0 dapat bersabar mendepan situasi ini," katanya.

Justerunya, katanya beliau berharap agar semua pihak tidak mengambil tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan dengan pihak berkuasa tempatan yang telah menjalankan tugas mereka.

"Kita tidak mahu mencetus pertikaian dengan mana-mana pihak sebaliknya kita mahu semua pihak termasuk penjawat awam dapat hadir menyertai himpunan Fastaqim 2.0 dengan selesa, aman dan harmoni," katanya.
Powered by Blogger.