Berita Terkini
recent

Bapa tak dapat mengawal kemarahan kes culik

Seorang bapa tidak dapat mengawal kemarahan apabila bertindak meluru ke arah trak yang membawa tujuh suspek utama kes penculikan anaknya di Mahkamah Majistret Taiping, hari ini.

Kejadian berlaku sebaik kenderaan membawa tujuh individu itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 2.45 petang bagi berdepan tuduhan menculik seorang remaja lelaki bertujuan mendapatkan wang tebusan, 2 September lalu.

Tertuduh, S. Ramesh, 21; S. Elangovan, 29; P. Thiban, 20; H. Govinath, 36; Saravanan, 33; S.Simon Lazarus, 22, bersama seorang lagi remaja mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan secara bersama dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Mohd Hairol Jemain.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh yang tidak bekerja didakwa secara bersama mencapai niat bagi maksud mendapatkan wang tebusan sebanyak RM3 juta daripada keluarga mangsa.

Semua tertuduh didakwa telah melarikan dan mengurung seorang pelajar berusia 17 tahun, mereka melakukan perbuatan itu di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamunting Bakti pada jam 11 malam, 2 September lalu.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama  yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Azrul Faidz Abd Razak dan Saffiyatun  Ahmadun.

Semua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin kerana hukuman yang diperuntukkan ialah hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Sebelum trak polis beredar dari perkarangan mahkamah kira-kira satu setengah jam kemudian, kelihatan beberapa orang tertuduh menangis dan menjerit-jerit ke arah ahli keluarga mereka.

Mohd Hairol kemudiannya menetapkan 21 November depan sebagai tarikh  sebutan semula kes.

Tertuduh H.Gobinath dan Saravanan diwakili Peguam P.Ravi manakala Thiban diwakili oleh J.Matthews.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.