Berita Terkini
recent

Bangunan tahfiz terbakar hanya sementara: Pengetua

Pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini sepatutnya berpindah ke bangunan asal di kawasan berhampiran yang siap diubah suai hujung bulan ini.

Pengetua pusat tahfiz itu, Mohd Zahid Mahmod berkata, bangunan tempat berlaku kejadian adalah bangunan sementara menunggu kerja pengubahsuaian yang dijangka mengambil masa setahun untuk disiapkan.

"Saya menguruskan sepenuhnya pusat tahfiz berkenaan sejak 15 tahun lepas dan berdaftar dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

"Premis berkenaan menempatkan 42 pelajar, enam guru dan dua warden dari seluruh negara manakala segala kemudahan adalah percuma menerusi tajaan penaung, sumbangan orang ramai serta MAIWP," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata ini merupakan kejadian kebakaran pertama kali berlaku dan kebiasaannya selepas solat Isyak dan tazkirah pelajar tahfiz akan dibenarkan berehat.

"Kebanyakan mangsa yang meninggal dunia lebih muda berbanding mereka yang sempat menyelamatkan diri.

“Lokasi kejadian melibatkan bilik penginapan pelajar dan mereka juga tidak dibenarkan memasak di bilik itu," kata Mohd Zahid.

Beliau berkata, aktiviti memasak hanya dibenarkan di tingkat bawah dan pihak tahfiz hanya menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan premis ini.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga merupakan warden terkorban dalam kejadian itu.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.