Berita Terkini
recent

Ayda Jebat Ambil Keputusan Berehat

SEKIAN lama bekerja, tibalah masanya untuk pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berehat buat seketika daripada dunia lakonan sehingga hujung tahun ini.

Ayda, 25, berkata, keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi fokus kepada karier nyanyian dan penghasilan album pertamanya.

"Jadual saya penuh dengan penggambaran dan promosi filem, sekarang saya nak fokus kepada karier nyanyian saya pula," katanya.

Ayda ditemui ketika pelancaran filem Pinjamkan Hatiku di The Garden Kuala Lumpur, Selasa.

Filem berkenaan yang diarahkan oleh Osman Ali turut dibintangi pelakon seperti Shaheizy Sam dan Farid Kamil.

Dalam pada itu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata dia hanya akan kembali aktif dalam dunia lakonan awal tahun depan.

"Untuk tahun depan, jadual saya sudah dipenuhi dengan beberapa tawaran lakonan, tetapi buat masa sekarang saya tak boleh kongsikan lagi nama projek berkenaan," katanya.

Bercakap mengenai filem Pinjamkan Hatiku, Ayda selaku teraju utama berkongsi beberapa peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang penggambaran dijalankan.

Menurut Ayda, antara peristiwa itu ialah seorang kru meninggal dunia dalam tempoh penggambaran.


Selain itu, dirinya turut mengalami kecederaan di wajah dan kaki akibat terkena rakit.

Bukan itu sahaja, pengarah filem iaitu Osman Ali turut berhadapan peristiwa cemas apabila beliau terjatuh ke dalam air.

"Bayangkan, ada kru yang langsung tidak tahu berenang ketika bot terbalik," ujarnya lagi.

Ayda berkata, peminat harus menonton filem itu bagi menyaksikan sendiri apa yang dia ceritakan.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam bermula 30 November 2017.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.