Berita Terkini
recent

Anak Janet Jackson Jadi Perhatian

ANAK lelaki Janet Jackson iaitu Eissa Al Mana menjadi perhatian apabila penyanyi itu membawanya keluar menikmati makan tengah hari di sebuah restoran di Los Angeles baru-baru ini.

Jarang mempamerkan Eissa kepada umum, kelibat bayi berusia lapan bulan dalam pangkuan ibunya mengundang perhatian orang ramai yang ingin menatap wajah comelnya dengan lebih dekat.

Janet, 51, turut kelihatan ceria walaupun dia kini sedang dalam proses perceraian dengan suaminya, Wissam Al Mana yang dikahwininya pada 2012.

Pasangan itu mengumumkan perpisahan mereka pada April lalu selepas tiga bulan anak mereka dilahirkan.

Dalam pada itu, Janet kini sedang mengadakan konsert jelajah dunia iaitu State of the World.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.