Berita Terkini
recent

Anak Bongsu Hugh Hefner Sambung Legasi, Empayar Playboy

Semalam dunia hollywood menerima perkhabaran duka, ikon juga pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 91 tahun di California.



Pemergian Hefner pantas menimbulkan persoalan siapakah yang akan menerusikan legasinya dalam dunia penerbitan majalah Playboy.

Tidak lain tidak bukan, anak bongsunya, Cooper kerana jejaka itu dikatakan sudah menunjukkan minat untuk meneruskan empayar perniagaan bapanya.

Cooper yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif di Playboy Enterprise, merupakan anak hasil perkahwinan Hefner dengan Kimberly Conrad. Dia mendapat pendidikan di Universiti Chapman dalam jurusan Produksi Filem dan Sejarah.

..

Pemuda berusia 26 tahun ini juga dikenali menerusi karyanya dalam majalah Playboy seperti 'Inside the Playboy Mansion'.

Sebagai generasi muda, Cooper tentunya mempunyai pandangan dan banyak idea berbeza untuk meneruskan perniagaan Hefner.

Cooper sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Scarlett sejak Agustus 2015. Scarlett merupakan seorang aktres dan popular menerusi karakter Pansy Parkinson, salah satu watak dalam filem francise, Harry Potter.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.