Berita Terkini
recent

Amoi Juara Masterchef Australia Balik Malaysia Jumpa Peminat

Selepas melakar kejayaan bergelar juara program MasterChef Australia pada Julai lalu, Diana Chan, 29, akan kembali ke tanah air untuk bertemu dengan peminatnya.

Lapor Utusan online, Diana akan berkongsi pengalaman manisnya sepanjang menyertai program MasterChef Australia musim ke sembilan itu dengan orang ramai pada pukul 3 petang, 7 Oktober depan, di South Court (Tingkat Bawah) Mid Valley Megamall.

Pada perjumpaan itu nanti, Diana yang kini bekerja sebagai akauntan dan menetap di Melbourne, Australia itu bersedia untuk menjawab semua soalan daripada peminat serta mengadakan demonstrasi masakan istimewanya.

Turut serta memeriahkan acara itu kelak adalah finalis Malaysia MasterChef Asia, Jasbir Kaur dan Marcus Low. Mereka juga akan membuat demo masakan masing-masing.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.