Berita Terkini
recent

Ammar Kembali Selepas 5 Bulan Digantung Tugas

SELEPAS lima bulan digantung tugas gara-gara isu menghina bapa Watson Nyambek, pengacara Ammar Abu Hassan kini disambung kerjayanya sebagai penyampai radio Hot FM.

Menurut kenyataan pihak Hot FM, Ammar mula bertugas pada Isnin menerusi segmen Jam Hot bersama dua orang penyampai iaitu Deen dan Issey.

Ammar atau nama sebenarnya Azizaul Ammar Abu Hassan, 30, juga ada memuat naik foto bersama dua gandingannya di laman Instagram pada Selasa.

Rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa gembira Ammar kembali mengendali segmen yang bermula  pukul 4 petang itu.

Bagaimanapun, Ammar tidak dapat memberi sebarang kenyataan berhubung perkara ini.

Pada 23 April lalu, Primeworks Studios Sdn Bhd menggantung khidmat Ammar dan enam kru penerbitan tanpa tempoh dinyatakan susulan isu mempersendakan nama ayah bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek menerusi program Sukan Tak Sentral.

Ammar memberitahu sepanjang melalui tempoh digantung tugas, dia sibuk menguruskan proses untuk membuka sebuah kafe yang turut mempunyai koleksi kucing.

Malah, Ammar juga mengakui semakin matang dan positif selepas apa yang berlaku. Dia mahu meneruskan hidup biarpun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.