Berita Terkini
recent

Aiman Tino Sangkal Dakwaan Ditangkap Khalwat

Penyanyi yang meraih populariti menerusi lagu Ku Rela Dibenci , Aiman Tino, mengakui terkejut dengan penyebaran berita kononnya beliau ditangkap khalwat bersama seorang gadis dalam kereta sekitar kawasan Subang, malam kelmarin.

Memetik laporan BH online, tegas Aiman berita tersebut palsu dan tidak benar kerana dia berada di tempat lain bersama teman-temannya.

"Saya diberitahu mengenai cerita khalwat ini oleh peminat yang khuatir sama ada ia benar atau sebaliknya. Saya berterima kasih kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin ini.

"Saya sedang melepak bersama-sama kawan di Ampang untuk berbincang mengenai lagu, jadi bagaimana timbul cerita ditangkap khalwat pula? Berita yang tersebar ini boleh mencalarkan imej saya kerana secara tidak langsung pasti ada yang mempercayainya.

"Namun, saya memilih untuk tidak melatah dengan cerita yang timbul ini bagi mengelakkan ia menjatuhkan semangat saya.

"Apa yang pasti, keluarga tahu perkara itu tidak benar sama sekali . Saya sendiri pun masih lagi tinggal bersama mereka," katanya.

Terdahulu, sebuah blog tempatan menerusi ruangan pojok menyebut, kononnya seorang penyanyi remaja lelaki yang juga finalis Anugerah Juara Lagu 31 ditangkap khalwat. Daripada bayangan diberikan, penyanyi yang dimaksudkan itu adalah Aiman.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.