Berita Terkini
recent

Afdlin Shauki Dapat Datuk

PELAKON Afdlin Shauki dianugerahkan darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Selasa.

Afdlin, 46, menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pasa majllis pengurniaan darjah dan oingat yang diadakan di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pahang.
Menerusi  status di Instagram, Afdlin ada memuat naik foto dia bersama ibunya yang turut hadir di majlis penerimaan darjah kebesaran tersebut.

"Gang haji saya ada dengan saya masa ambil kurnia. Ini semua berkat doa dia. Love you Hajjah mummy," tulisnya.

Rata-rata pengikut di Instagram mengucapkan tahniah di atas pencapaian pelakon filem Cuci ini.
Malah, Afdlin turut mendapat ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis antaranya Datuk Eizlan Yusof, Datuk Hans Isaac dan Liyana Jasmay.

Selain Afdlin, usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dianugerahkan darjah Sri Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat mencemar duli mengurniakan darjah dan pingat kebesaran itu kepada 155 penerima keseluruhannya.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.