Berita Terkini
recent

Abang Long Fadil 2 raih kutipan lebih RM16 juta

FILEM Abang Long Fadil 2, berjaya mencatatkan kutipan melebihi RM16 juta, selepas tiga minggu tempoh tayangan.

Pengarahnya Syafiq Yusof  berkata, rentetan perkembangan itu, beliau menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada para peminat yang senantiasa memberi sokongan ke atas filem berkenaan.

"Alhamdulillah, terima kasih. Sokongan anda untuk filem #AbangLongFadil2 berjaya meraih kutipan melebihi RM16 juta dalam tempoh 3 minggu!‬," kongsinya di Instragram.

Abang Long Fadil 2 dibintangi Zizan Razak, Datuk AC Mizal, Syamsul Yusof, Wak Doyok, Achey, Tania Hudson, A Galak dan Shuib.
Powered by Blogger.