Berita Terkini
recent

Aaron Kwok Terlibat Kes Jenayah di Malaysia?

Aktor terkenal Hong Kong, Aaron Kwok, terlibat dalam beberapa kes jenayah seperti rasuah, memandu mabuk dan dia terlepas daripada kesalahan berkaitan satu kemalangan malah turut terlibat dengan satu kes cubaan membunuh. Lebih mengejutkan ada antara kes jenayah tersebut dilakukan di Malaysia.

Tetapi kepada peminat, harap bertenang kerana itu hanyalah karakter yang dipotrey Aaron dalam filem terbaharunya bertajuk, Peace Breaker.

Jika selama ini, bintang berusia 51 tahun itu sering melakonkan watak baik tetapi kali ini dia menyahut cabaran menghidupkan karakter sebagai seorang pegawai polis yang sebenarnya terlibat dengan banyak kes jenayah.

Peace Breaker, sebuah karya yang di adaptasi daripada filem thriller-dramatik Korea bertajuk A Hard Day. Filem yang bertemakan aksi-jenayah polis ini menawarkan plot dramatik dan babak-babak aksi dan pergelutan antara kehidupan dan kematian serta perjuangan demi perjuangan.

Seperkara lagi yang menarik, penggambarannya turut dijalankan lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mana sinematografi filem ini dijangka yang akan menjadi salah satu daya tarikan kepada penonton.

..

Diarahkan sutradara terkenal, Lien Yi-Chi, naskah ini buat pertama kalinya menggandingkan Aaron dengan aktor juga dianggap yang bukan calang-calang di Hong Kong iaitu Wang Qianyuan.

Filem pertama edaran Jazzy Picture ini bakal menemui penonton di pawagam tanah air mulai 14 Oktober depan.
Powered by Blogger.