Berita Terkini
recent

500 Kuntum Ros Balasan Fattah Buat Fazura

PELAKON Nur Fazura teruja menerima 500 kuntuman bunga mawar pada hari kelahirannya yang ke-34, hadiah daripada seseorang yang istimewa.

Kejutan mawar berwarna merah jambu dan putih itu diberikan oleh pelakon Fattah Amin.

Fazura meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka aktor gandingannya dalam drama Hero Seorang Cinderella itu membuat kejutan istimewa pada hari jadinya.

50 Kuntum Ros Bukti Sayangnya Fazura Buat Fattah

"Terkejut sangat, saya ingat hadiah bunga itu daripada ibu saya tapi rupa-rupanya pemberian Fattah Amin.

"Dia memang suka buat kejutan begini, sebelum majlis ini berlangsung dia ada bagi ucapan, tak sangka pula ada bunga menyusul.

"Ini bukan kejutan yang pertama, sebelum ini dia pernah memberi bunga kepada saya semasa acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW)," katanya.

Fazura ditemui pada majlis pelancaran produk kesihatan dan kecantikan jenama Tru Dolly By Fazura di Hotel Ritz Calton Kuala Lumpur pada Rabu.

Pada ulang tahun kelahiran Fattah yang ke 27 tahun pada 14 September lalu, Fazura telah menghadiahkan 50 kuntuman bunga mawar kepada Fattah ketika Fazura berada di New York, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Pelakon filem Pisau Cukur ini turut mengakui Fattah merupakan lelaki yang paling dekat dengan dirinya ketika ini.

"Buat masa ini, hanya Fattah sahaja yang berani mendekati saya, malah sejujurnya saya selesa berkawan dengannya.
"Mungkin sebab kami pernah berlakon bersama, selalu berjumpa jadi keserasian dan keselesaan itu masih ada," katanya.

Bercakap mengenai produk Tru Dolly by Fazura, ia merupakan tablet kecantikan yang diinspirasikan melalui rutin penjagaan kecantikan Fazura.

"Tru Dolly mempunyai dua jenis tablet berbeza iaitu Detox Pro dan Beauty Booster, ia boleh diamalkan oleh lelaki dan wanita.

"Besar harapan saya supaya produk ini mampu memberi manfaat kepada pengguna," katanya.


Powered by Blogger.