Berita Terkini
recent

10 Jam Gubah Ros Kejutan Fattah Amin

SERONOK melihat senyuman lebar aktres Nur Fazura ketika dia menerima 500 kuntum bunga mawar daripada Fattah Amin pada sambutan hari jadinya yang ke-34 pada Rabu lalu.

Tetapi di sebalik kejutan itu, mungkin ramai tidak tahu bukan mudah untuk menyiapkan jambangan bunga campuran mawar putih dan merah jambu itu kerana ia mengambil masa selama 10 jam.

Menurut Eksekutif Pemasaran, Aleeya Florist & Gifts iaitu Sheikh Mohd Yazid, pihaknya menggunakah khidmat tiga orang pekerja bagi menyiapkan tempahan bunga itu.


"Mungkin ada menyangka proses penyediaan jambangan itu mudah tetapi sebenarnya ia memerlukan ketelitian bagi memastikan hasil yang terbaik.

"Proses itu mengambil masa 10 jam dan memerlukan tiga orang pekerja untuk menyiapkannya dan Alhamdulillah hasilnya menepati kehendak Fattah," katanya .

Dalam pada itu, Yazid berkata, Fattah sendiri membuat permintaan bunga mawar merah jambu dan putih untuk diberikan kepada Fazura.



Bagaimanapun tidak sukar bagi pihaknya mendapatkan bekalan bunga mawar dalam kuantiti banyak kerana ia mudah didapati di Lembah Klang.

"Fattah menerusi pihak pengurusannya meminta agar kami menyediakan 250 kuntum mawar merah jambu dan selebihnya mawar putih.

"Stok bunga mawar memang banyak daripada pembekal cuma kita kena pastikan bunga itu segar dan tahan lama," jelasnya.

Ditanya mengenai nilai jambangan bunga mawar itu, Yazid bagaimanapun enggan mendedahkan harga bagi menghormati permintaan pihak Fattah yang mahu ia dirahsiakan.

Bunga berkenaan terpaksa diletakkan di atas troli semasa hendak diserahkan kepada Fazura di sebuah hotel pada Rabu lalu.

Pada ulang tahun kelahiran Fattah yang ke 27 tahun pada 14 September lalu, Fazura telah menghadiahkan 50 kuntuman bunga mawar kepada Fattah ketika Fazura berada di New York, Amerika Syarikat.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.