F Tak Nak Jawab Tentang Teman Wanita | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Tak Nak Jawab Tentang Teman Wanita

Pelakon popular, Lee Jun Ki menolak daripada mejawab soalan mengenai hubungan cintanya pada sidang akhbar drama terbaru, Criminal Mind.



Ketika sidang drama terbitan tvN yang diadakan di Gangnam, Seoul pada 19 Julai lalu, seorang wakil media bertanya kepada aktor berasal dari Busan itu tentang reaksi teman wanitanya, Jeon Hye Bin, terhadap lakonannya dalam drama tersebut.

Jun Ki menjawab, "Saya mahu memberi tumpuan kepada drama ini hari ini daripada membicarakan perkara peribadi saya."

Pada April lalu, Lee Jun Ki dan Jeon Hye Bin mengesahkan mereka menjalin hubungan cinta selepas tiga kali menafikan khabar khabar angin tersebut sebelum ini.

Sementara itu, Criminal Mind merupakan drama yang diadaptasi dari siri popular Amerika Syarikat dengan judul yang sama.

Bakal ditayangkan mulai 26 Julai ini, instilasi versi Korea itu turut dijayakan barisan pelakon hebat seperti Son Hyun Joo dan Moon Chae Won.
ot;1" />
Powered by Blogger.