Berita Terkini
recent

Soo Wincci Kekok Babak Mesra Bersama Aaron Aziz

Bagi memberi kelainan dalam lakonan, aktres dan juga penyanyi, Dr Soo Wincci mencabar diri membawakan karakter antagonis di dalam filem Kau Yang Satu.

Memegang watak seorang model bernama Isabella, yang juga kekasih Taufik, lakonan Aaron Aziz, dia digambarkan sebagai kekasih yang tidak setia dan cuba memusnahkan rumah tangga Taufik dan Salina.
Demi menjayakan watak antagonis pertamanya, Soo Wincci sanggup menukar imej termasuk berpakaian seksi, sekali gus memperlihatkan sisi berbezanya yang selama ini sering tampil dengan imej dan lakonan yang baik.

“Saya agak segan kerana penampilan seksi, termasuk perlu buat beberapa babak menggoda. Apatah lagi ini filem Melayu pertama saya. Bimbang juga kalau ada yang kecam dan lihat lakonan saya berlebihan.

“Tapi penampilan saya dalam filem ini hanya memenuhi tuntutan watak dan jika ada yang kritik, saya terima dengan hati terbuka,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Kau Yang Satu baru-baru ini.

Aktres 31 tahun ini turut meminta kebenaran isteri Aaron, Diyana Halik untuk melakonkan babak mesra dengan pelakon itu.

Tidak dinafikan, katanya ketika sesi latihan, dia sangat kekok untuk melakukan babak mesra. Tapi Aaron dan Diyana banyak membantu. Sikap sporting Diyana menghilangkan rasa janggal itu.
Wincci berkata, percubaannya membawakan karakter antagonis ini sebagai satu permulaan dan berharap dapat membawakan watak itu atau wanita psiko yang lebih gelap pada masa akan datang.
Kau Yang Satu akan memasuki pawagam mulai 27 Julai ini.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.