F "Saya Tiada Life Yang Normal" - Izreen Azminda | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

"Saya Tiada Life Yang Normal" - Izreen Azminda

Bergelar ibu tunggal sejak empat tahun lalu, Izreen Azminda mengakui terpaksa bekerja keras demi membesarkan dan membahagiakan anaknya tunggal kesayangannya, Muhammad Adrian Umar, 4.

Menurut Izreen, sebagai wanita berdikari dia sudah biasa menguruskan semua perkara untuk keluarganya selain bertumpu komitmen terhadap kerjaya seninya.

"Saya takde life yang normal. Selama 32 tahun ini bukan saya tidak seronok dengan kehidupan saya sekarang tapi kadangkala saya teringin juga seperti orang lain, pergi bercuti dan sebagainya. Tapi saya tahu saya perlu berkorban dan menyimpan dulu semua keinginan saya.

"Dari awal tahun sehinggalah sekarang, saya memang sibuk dengan kerja ditambah pula dengan tanggungjawab menguruskan keluarga. Anak saya pula sekarang sudah bersekolah. Saya perlu bekerja keras demi membesarkan anak saya juga menjaga ibu saya yang kini kurang sihat.

"Komitmen bulanan saya tinggi termasuklah perbelanjaan harian dan bayaran rumah, hampir RM15,000 sebulan. Jadi sebab itu saya bekerja keras sehinggakan tidak cuti. Baru sekarang, saya dapat berehat sekejap sebelum kembali menjalani penggambaran pada bulan Ogos nanti," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran dan pelantikannya sebagai duta satu produk pembersih kewanitaan terbaru, Poora, di ibu negara, barubaru ini

Tambah Izreen, dek kerana letih akibat terlalu kuat bekerja, berat badannya turun sebanyak 5 kilogram. Bagaimanpun, dia kini dalam usaha untuk mendapatkan semula berat ideal.

"Berat saya turun 5kg sebab tak cukup tidur dan makan pun tidak menentu kerana sibuk dengan kerja. Tapi saya diminta oleh pihak produksi untuk naikkan sikit berat kerana saya nampak terlalu kurus," tuturnya.

Dalam pada itu Izreen meluahkan rasa syukur kerana rezekinya dalam lakonan tidak putus-putus. Mengakui dia sekarang lebih bersikap selektif, selain ada tawaran yang terpaksa ditolak disebabkan kekangan waktu dan lokasi penggambaran di luar Kuala Lumpur.

"Saya minta maaf kerana banyak juga tawaran yang saya terpaksa tolak. Lagipun sekarang saya lebih memilih karya yang betul-betul sesuai dan tidak melibatkan penggambaran di luar Kuala Lumpur kerana saya tidak boleh tinggalkan anak dan ibu saya dalam tempoh lama," jelasnya.

Sementara itu mengenai pemilihannya sebagai duta Poora, Izreen berkata dia mencuba dulu produk tersebut selama sebulan dan sangat berpuas hati dengan keberkesananya.

Saat ditawarkan menjadi duta, dia terbuka dan tidak melihat tanggungjawabnya untuk mempromosikan produk itu bukan sesuatu yang memalukan. Sebaliknya dia bersemangat untuk sama-sama berkongsi dan memberi kesedaran khususnya kepada kaum wanita mengenai kepentingan menjaga kebersihan, luaran dan dalaman.

"Tiada apa yang perlu dimalukan kerana bagi saya, setiap wanita perlu tahu dan wajib memiliki produk sedemikian. Lagipun ia berkaitan faktor kebersihan dan kesihatan, jadi tidak salah rasanya kalau saya berkongsi maklumat terbabit dengan wanita lain," katanya yang turut menyatakan sudah bersedia sekiranya dikecam atau dijadikan bahan usikan netizen.

Selain Izreen, pelakon Amar Asyraf turut dilantik sebagai duta bagi satu produk pembersih kelelakian di bawah jenama Durro.
ot;1" />
Powered by Blogger.