Berita Terkini
recent

Ratusan Kupu-Kupu 'Hadiri' Majlis Kahwin Stevie Wonder

Penghibur terkenal, Stevie Wonder akhirnya rasmi berkahwin dengan kekasihnya, Tomeeka Robyn Bracy selepas dikurniakan dua cahaya mata. Ini merupakan perkahwinan kali ketiga penyanyi yang cukup popular dengan lagu You Are the Sunshine of My Life ini.

Menerusi laporan E! Online, Stevie Wonder dan Tomeeka Robyn Bracy, 42, melangsungkan majlis perkahwinan secara tertutup sekitar dua minggu lalu di hotel Bel-Air, Los Angeles. Berdasarkan foto-foto yang dimuat naik oleh salah satu penyanyi latar Stevie, majlis tersebut diramaikan dengan kehadiran ratusan kupu-kupu.

"Semuanya terlihat sangat indah, apalagi dengan ratusan kupu-kupu yang dilepaskan daripada dalam kotak pada majlis resepsi," tulis penyanyi latar tersebut sebagai kapsyen foto yang dimuat naik.

Manakala, satu lagi foto menunjukkan Stevie Wonder menari dengan isterinya yang tampil cantik dengan gaun berwarna putih.

Terdahulu, Stevie Wonder, 67, pernah berkahwin dengan SyreeWright (pada tahun 1970 sehingga tahun 1972). Beliau kemudian berkahwin dengan Kai Millard pada tahun 2001 hingga tahun 2012. Hingga kini, Stevie Wonder sudah dikurniakan sembilan anak dari lima wanita berbeza.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.