Berita Terkini
recent

Park Bom Dilihat Naiki Bas Awam

BAGAIMANA agaknya kalau artis popular di Malaysia dilihat menaiki kenderaan awam tanpa kawalan pengawal peribadi. Pasti kecoh suasananya bukan?

Namun bagi bekas anggotan 2NE1, Park Bom, dia dilihat selamba menaiki bas bersama orang awam selama musim panas di Korea Selatan.

Lucunya, tidak ramai yang perasan dengan kelibat Pak Bom sehinggalah sekeping gambar kandidnya sedang menunggu bas yang diambil seorang peminat bertebaran luas di media sosial.

Jelasnya ramai memuji sikap rendah diri bintang berusia 33 tahun itu sehingga ada peminat yang kebetulan berada di tempat menunggu bas meluahkan rasa ralat kerana tidak perasan dengan kelibat Pak Bom.

"Kalau saya tahu dia di situ, pasti kami sudah bertegur mesra," ujar salah seorang peminat.
Seperti yang tertera di gambar tersebut, Park Bom mengenakan pakaian kasual yang sesuai untuk dikenakan pada musim panas dengan rambutnya diikat ke atas.

Malah, dek kerana terlalu sibuk dengan telefonnya, dia langsung tidak sedar aksinya menunggu bas dirakam peminat.

Di sisi lain biarpun memutuskan untuk keluar dari pengurusan YG Entertainment, namun Park Bom tidak pernah putuskan yang dirinya akan berhenti dari lapangan nyanyian.

Dan sehingga ke saat ini masih belum diketahui di mana label tempatnya bernaung.

Diakui ramai peminat rindukan untuk melihat kemunculan semula penyanyi ini dengan lagu terbaru apatah lagi dia dilihat antara penyanyi wanita yang mampu menyanyi secara langsung dengan suara yang sangat bagus.


Powered by Blogger.