F Kes Ganja: TOP Dihukum, 10 Bulan Penjara Jika Langgar Tempoh Percubaan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Kes Ganja: TOP Dihukum, 10 Bulan Penjara Jika Langgar Tempoh Percubaan

Bintang Hallyu popular, TOP, selesai menjalani perbicaraan terakhir pada 20 Julai lalu dan telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan penyalahgunaan dadah jenis ganja.

Mahkamah menyatakan, "Defendan telah mengakui semua tuduhan yang dibuat terhadapnya dan telah didapati bersalah.

"Jenayah yang berkaitan dengan dadah bukan sahaja menyakiti kesihatan individu tetapi juga boleh memberi kesan negatif yang besar kepada masyarakat secara keseluruhannya, jadi tidak ada pilihan sebaliknya pesalah harus menerima hukuman berat.

"Bagaimanapun, kami telah mempertimbangkan bahawa defendan benar-benar mencerminkan dirinya, dan dia tidak mempunyai kesalahan jenayah sebelumnya."

Oleh itu, mahkamah menetapkan bahawa anggota kumpulan BigBang itu akan menerima hukuman selama dua dua tahun percubaan dengan 10 bulan penjara jika dia melanggar tempoh percubaan dan syarat penggantungantersebut serta akan didenda sebanya 12,000 KRW (kira-kira 10 USD).

Sementara itu, T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung Hyun, 29, kini berada dalam kedudukan di mana beliau telah menamatkan perkhidmatan tentera wajibnya. Jika dia telah menerima hukuman penjara yang melebihi 18 bulan, dia akan secara rasmi bersara dari latihan ketenteraan dan diberikan status khas.

Walau bagaimanapun, oleh kerana hukuman penjara yang dijatuhi terhadapnya kurang dari 18 bulan, agensi polis tempatan, di mana beliau berkhidmat sebagai pegawai polis (sebelum kontroversi) kini sedang mempertimbangkan sama ada TOP patut atau tidak untuk meneruskan kedudukannya sekarang atau bermula semula perkhidmatannya selama 520 hari latihan ketenteraan.
ot;1" />
Powered by Blogger.