Berita Terkini
recent

Kerja Kahwin imbau memori majlis perkahwinan lama

SEJAK kebelakangan ini, masyarakat mula memilih mengadakan majlis perkahwinan moden termasuk persandingan di hotel, banglo yang di sewa khas atau di taman rekreasi.

Pastinya majlis perkahwinan seperti ini akan menggunakan khidmat katerer dan gaya busana juga perlu menepati fesyen terkini.

Dek kerana itu, budaya atau adat perkahwinan Melayu sudah semakin dilupakan. Atas faktor itu mendorong Wayang Padu Sdn Bhd mengambil inisiatif mengangkat semula budaya dan tradisi upacara perkahwinan Melayu.


Diarahkan oleh Dr Anwardi Jamil, filem ini dibintangi pelakon Janna Nick bersama Datuk Rosnani Jamil, Shaharuddin Thamby, Anne Abdullah, Mubarak Majid, A.R Badul, Aziz M.Osman, Syed Ali dan ramai lagi.


Biarpun baru menemui penonton di Malaysia, filem ini terlebih dahulu ditayangkan di Festival Filem Asia Capri di Itali serta One Country One Film di Perancis tahun lalu.

Kerja Kahwin mengisahkan Farah (Janna Nick) yang melangsungkan perkahwinan mengikut adat dan budaya Melayu bagi memenuhi keinginan neneknya, Mak Tok (Datuk Rosnani Jamil).


Pada pandangan penulis, filem ini mengimbau kenangan buat mereka yang pernah melangsungkan perkahwinan mengikut tradisi dan adat.

Penerbit, penulis skrip dan pengarah bijak mengadunkan babak penting tentang persiapan perkahwinan bermula aktiviti merewang sehinggalah ke joget lambak tanda selesai majlis.

Pada pendapat penulis, Kerja Kahwin adalah satu naskhah yang berbaloi untuk ditonton terutamanya bagi pengantin yang mahu menghidupkan semula tradisi ini.

Filem ini mengisahkan Farah (Janna) menunaikan hasrat Mak Tok (Rosnani) untuk mengadakan majlis perkahwinannya bersama Iqbal (Syed Ali) mengikut adat dan budaya kaum Melayu di kampung.

Dalam kemeriahan itu, ada kenangan yang menyentuh perasaan Mak Tok sendiri.Apakah yang Mak Tok fikirkan? Saksikan tayangannya.
Powered by Blogger.