F Izara letih menangis | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Izara letih menangis

Tak mudah melakonkan watak yang berbeza dengan karakter sebenar diri seseorang itu. Apatah lagi jika babak itu memerlukan pelakon menangis setiap masa pastinya ia cukup meletihkan.

Itu antara pengalaman dilalui pelakon, Izara Aishah sepanjang menjalani penggambaran filem Kau Yang Satu arahan Osman Ali.

Mengakui dirinya seorang yang lasak dan kasar, Izara berkata disebabkan terlalu banyak babak mengalirkan air mata hampir satu masa dia sudah kering air mata!

“Memang banyak cabaran untuk saya dalam filem ini. Memang susah, namun kerjasama daripada semua pelakon terutama Aaron memudahkan semuanya.

“Jika dilihat pada visual nampak biasa saja, hakikatnya saya terlalu banyak menangis sehingga kering air mata,” katanya.

Kau Yang Satu bakal menemui penonton bermula 27 Julai ini. Filem berkenaan turut dilakonkan oleh Aaron Aziz, Hisyam Hamid, Soo Wincci, Kodi Rasheed dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Izara tidak kisah andai ada yang menyamakan filem ini dengan Ombak Rindu.

Baginya, naskhah cerita ini sangat jauh berbeza, walaupun pengarahnya orang yang sama.

“Terpulang pada pandangan masing-masing. Cuma saya berharap filem ini dapat diterima penonton,” katanya.

Mengulas perkembangan terbarunya, Izara berkata, tahun ini dia banyak mengambil tawaran berlakon telefilem dan drama bersiri.

“Buat masa sekarang saya belum menerima tawaran filem lagi. Cukuplah drama dan telefilem saja,” ujarnya.
ot;1" />
Powered by Blogger.