F #iAMFAITHMEN diiktiraf JPM | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

#iAMFAITHMEN diiktiraf JPM

Menerusi kerjaya sebagai selebriti, tentunya banyak peluang terbuka untuk artis melakukan pelbagai perkara positif.

Bagi Faizal Tahir, dia mengambil kesempatan menggunakan namanya ke arah kebaikan menerusi gerakan #iAMFAITHMEN.

“Pada awal kewujudan #iAMFAITHMEN, kira-kira setahun lalu, banyak kekurangan yang cabaran yang perlu kami tempuhi untuk mencapai matlamat dalam menyebarkan nilai positif.

“Masuk ke usia dua tahun, #iAMFAITHMEN mula diterima dan kami dapat lihat apa yang diperlukan oleh masyarakat daripada organisasi bukan kerajaan (NGO) seperti kami,” katanya kepada BLING!.

Walaupun masih baru, #iAMFAITHMEN nampaknya mula mendapat perhatian sehingga menerima anugerah daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM), baru-baru ini.

“#iAMFAITHMEN dianugerahkan Anugerah Sukarela Terbaik oleh JPM. Menerusi penganugerahan ini juga, tanggungjawab kami juga semakin besar.

“Ramai juga yang ingin menyertai NGO kami, namun saya sedar bahawa #iAMFAITHMEN belum cukup besar untuk memayungi jumlah ahli yang terlalu ramai,” katanya.

Tambah Faizal lagi, dia juga mahu #iAMFAITHMEN berkembang secara perlahan-lahan.

Faizal bersama #iAMFAITHMEN juga turut terbabit dalam majlis kerja amal bersama warga emas.

“Baru-baru ini, #iAMFAITHMEN dengan kerjasama Red Box Karaoke serta Awang Brand mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Penyerahan Cek Raikan Cinta di Pusaat Jagaan Warga Emas Sri Mesra Ampang.

Faizal juga meluahkan hasratnya untuk merapatkan jurang antara Malaysia dengan Indonesia.

“Saya melihat jurang itu wujud dan semakin besar. Jadi, idea ini muncul ketika saya dipilih menjadi pengacara program travelog Jelajah Hati (RTM).

“Daripada pengalaman selama 12 hari menjalani penggambaran di Indonesia, saya sedari bahawa ikatan silaturahim antara Malaysia dan Indonesia itu sangat kuat, cuma tiada orang yang bertindak mengukuhkannya,” katanya.
ot;1" />
Powered by Blogger.