Berita Terkini
recent

Hormat Hari Malaysia, Konsert G-Dragon Dilewatkan Sehari

Konsert G-Dragon, 'G-DRAGON 2017 WORLD TOUR <ACTIII, M.O.T.T.E> in Malaysia' yang sepatutnya berlangsung pada 16 September dilewatkan sehari iaitu pada 17 September 2017, jam 7.30 di Stadium Merdeka.

Penganjur IME Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan konsert bintang sensasi ini ditunda pada tarikh tersebut kerana menghormati Hari Malaysia yang dirai pada 16 Spetember.

Tiket -tiket akan mula dijual pada 29 Julai ini di Pusat Beli-Belah Cheras Sunway Velocity, bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang dengan harga antara RM210 hingga RM710.

Pada hari pelancaran jualan tiket tersebut, setiap individu hanya boleh membeli 10 keping tiket sahaja dan belian tiket pada hari tersebut akan disertakan dengan sekeping poster yang terhad.

Untuk pembeli atas talian boleh melayari laman TicketCharge (www.ticketcharge.com.my) pada hari yang sama.

Manakala kaunter tiket terpilih akan mula menjual tiket berkenaan pada 31 Julai ni. Antara kaunter tiket terpilih yang boleh dikunjungi pembeli adalah di pusat Speedy Video, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter pertanyaan Pusat Beli-Belah The Mines dan 1 Shamelin.

Kaunter tiket turut dibuka di Eden Ultimate, Kuantan dan Blonde Brunette, Pulau Pinang. Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 03-92228811.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman Facebook rami (IME Asia), Twitter (IMEproduction) atau Instagram (IME_Asia)

..

Ini merupakan kali kedua G-Dragon mengadakan konsert solo di ibu negara.

Terdahulu, penghibur yang baru saja melancarkan single terbaharunya bertajuk Untitled, 2014, ini pernah mengadakan konsert 'G-Dragon 2013 1st World Tour: One of a Kind in Malaysia', berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jun 2013.
Powered by Blogger.