F Bintang Chicago Typewriter Cetus Kemarahan Peminat Islam? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Bintang Chicago Typewriter Cetus Kemarahan Peminat Islam?

Pelakon drama Chicago Typewriter, Yoo Ah In baru-baru ini memuat naik satu foto kontroversi di laman Instagram miliknya sekaligus mengundang kemarahan peminat terutama kalangan peminat beragama Islam.

Foto yang disertakan dengan kapsyen #Samsara by Ron Fricke itu lantas mencetuskan perdebatan di kalangan pengikutnya.

Sesetengah peminat menyifatkan foto itu terlalu sensitif kerana menunjukkan wanita yang berpurdah berdiri di samping poster lelaki yang berbadan sasa dan separuh bogel, sekaligus gambar berkenaan seolah-olah memberi gambaran wanita Muslim bersikap hipokrit dalam mengamalkan ajaran Islam tetapi berfantasikan seks.

Foto yang dimuat naik Yoo Ah In di Instagram yang mencetuskan kontroversi.Foto yang dimuat naik Yoo Ah In di Instagram yang mencetuskan kontroversi.

Namun ada juga yang menyokong tindakan aktor berusia 30 tahun ini kerana beliau hanya sekadar berkongsi mengenai minatnya pada seni yang ditunjukkan oleh artis Ron Fricke. Barangkali Yoo Ah In banyak menjadikan hasil karya seni orang lain sebagai inspirasi dalam kerjaya seninya.

Sebelum ini, Yoo Ah In diketahui seorang yang cintakan hasil seni. Lagipun berdasarkan gamabr tersebut, wanita itu hanya kebetulan berdiri di hadapan poster tersebut dan tidak memandang pun ke arah poster, maka ia tidak sepatutnya dijadikan isu, kata sesetengah peminat.

Sejak dimuat naik kira-kira 15 jam yang lalu, gambar berkenaan setakat ini sudah mendapat lebi 21K 'like' dan lebih 1500 komen positif dan negatif.

Sementara itu, pelakon yang dikenali sebagai seorang yang berbakat, versatil dan rajin mempertingkatkan mutu lakonannya menerusi teknik "method acting" ini bagaimanapun belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkaitan kontroversi tersebut.

Perkembangan lain, bintang Korea berasal dari Daegu ini sedang menunggu keputusan program latihan ketenteraan.
ot;1" />
Powered by Blogger.