Berita Terkini
recent

Zulin Mohon Henti Sebarkan Gambarnya Tak Bertudung

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila video Zulin Aziz tidak memakai tudung di rumah keluarga pelakon veteran Normah Damanhuri tersebar di Internet sehingga dia menerima macam-macam kutukan.

Memetik laporan mStar online, Zulin bagaimanapun tidak menyalahkan kakak kepada pelakon Ahya Rosli iaitu Liana Rosli yang memuat naik video tersebut menerusi aplikasi Instastory di Instagram pada Selasa.

"Ketika itu, kak Liana sedang merakam video dan secara tidak sengaja saya ada dekat situ.

"Mungkin dia pun tidak sedar yang saya tidak bertudung lalu dia sudah berkongsi video itu. Semasa ia dirakamkan, tiada kaum lelaki. Tapi saya tidak salahkan dia kerana benda sudah terjadi pun," ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon dan penyampai radio Suria FM ini meminta netizen dan pemilik mana-mana blog hiburan agar segera menghentikan penyebaran foto dan video yang memaparkan dia tidak bertudung.

"Saya mohon blog dan netizen henti viralkan foto atau video saya tidak bertudung. Kalau benda itu tak betul, buat apa nak disebarkan lagi.

"Kalau nak diikutkan, mereka yang menyebarkan aurat saya. Bukannya saya.

"Namun, saya minta maaf jika ada peminat yang sedih apabila melihat video tersebut, " katanya.

Dalam pada itu, Zulin berharap peminat dapat menerima dirinya yang sedang dalam proses untuk berubah kearah yang lebih baik.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.