F Zizie Izette hamil anak kembar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Zizie Izette hamil anak kembar

PELAKON, Zizie Ezette Abdul Samad, 38 tahun atau lebih dikenali sebagai Zizie Izette mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak kembar menerusi akaun Instagramnya.

Menurutnya, kandungannya kini bakal memasuki trimester kedua.

"Saya ingin mengumumkan produksi terkini yang bakal melahirkan anak pada Disember ini atau Januari tahun hadapan iaitu, saya kini hamil anak kembar.


"Semoga kandungan selamat dan bayi berada dalam keadaan sihat, sebenarnya kami ingin merahsiakannya sehingga memasuki trimester kedua sebelum mengumumkannya namun ada pihak sudah dapat menghidu perkara ini dan menghebahkannya.

"Namun, nasi sudah menjadi bubur, saya akan meneruskan kandungan ini dengan rasa terima kasih dan bersikap positif," tulisnya di laman Instagram miliknya.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin pada Disember 2009.

Pasangan tersebut turut mempunyai seorang anak angkat, Naila Nur Jenna.

Beberapa selebriti lain iaitu Chef Wan dan Daphne King turut mengucapkan tahniah kepada beliau.
ot;1" />
Powered by Blogger.