Berita Terkini
recent

War For The Planet Of The Apes Filem Hebat 2017

Filem ‘reboot’ dari francais “Planet Of The Apes” sememangnya merupakan salah sebuah filem remake paling berjaya bermula dari “Rise Of The Planet Of The Apes” (2011) dan “Dawn Of The Planet Of The Apes” (2014) yang mana kedua-dua filem ini telah mendapat pujian daripada pengkritik filem selain berjaya mendapat kutipan box office di seluruh dunia.

Tiga tahun kemudian iaitu pada tahun ini (2017), filem War For The Planet Of The Apes dijangka bakal menakluki kutipan box office dan penulis merasakan ia adalah sebuah filem yang patut anda tonton.

Filem tersebut telah mengatasi filem Spider-Man: Homecoming di persaingan Box Office pasaran Amerika Utara, dengan kutipan pembuka tayangan anggaran US$56.5 juta manakala filem Spider-Man catat kutipan US$45.2 juta.

Watak Ceaser (Andy Serkis) dipaparkan dengan begitu baik sekali dan filem ketiga ini dikatakan bakal menjadi paling emosi.

Walaupun cerita ini tampak mudah, ianya penuh dengan aksi, pembunuhan, penghambaan, dan kemanusiaan yang kejam yang membuatkan penonton tidak senang duduk.

Filem ini tampil berbeza apabila watak dimainkan oleh Andy Serkis, dapat dilihat sisi yang berbeza dari watak sekuel sebelum ini.  Ia bersifat mementingkan diri sendiri yang mendorongnya kembali beraksi melawan Woody Harrelson dan kumpulan manusia.

Kerumitan tersebut dikendalikan dengan cemerlang oleh pengarah Matt Reeves. Bagaimana cara dia mengendalikan produksi berskala besar dan memahami elemen asas untuk menghasilkan sebuah naskhah hebat yang mampu menarik perhatian penonton.

Satu lagi faktor yang menyumbang kepada kejayaan filem ini adalah kesan khas yang disumbang oleh sebuah syarikat kesan khas visual berpengkalan di New Zealand iaitu Weta Digital.

Teknologi ‘motion-capture’ telah membantu membuatkan CGI beruk seperti real yang belum pernah dibuat sebelum ini. Jadi untuk filem ketiga ini, penonton pasti akan disajikan dengan kesan khas yang lebih hebat.

Ia adalah filem khas, sekuel yang menakjubkan, dan tidak diragukan lagi sebagai salah satu filem terbaik tahun ini.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.