F Wan Sharmila Masuk Hospital | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Wan Sharmila Masuk Hospital

Pelakon wanita, Wan Sharmila telah berkongsi kepada semua yang dia kini sedang dirawat di sebuah hospital.

Berita itu dikongsikan di akaun Instagram miliknya. Sebuah gambar dirinya yang terbaring di atas katil hospital dengan wajah yang penuh keceriaan itu telah mendapat perhatian daripada netizen.

Di ruangan kapsyen pula Wan Sharmila menulis,

“Nak ketawa ke nangis tu. Senyum lebar tu sbb nk cover rasa takut. Hehe ☺️. Ni sebelum masuk OT room smlm. Yg penting disini nak ckp berjuta terima kasih untuk kawan2 dan family yg selalu ada temankan saya. Teman dekat2 dan teman kat whatsapp , also yg mendoakan dr jauh. Korang tahu siapa korang . InsyaAllah saya ok! 💋💋,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, Wan Sharmila tidak pula memberitahu punca dirinya dimasukkan ke hospital.
Rata-rata pengikutnya di Instagram telah memberikan komen yang positif dengan mendoakan kesihatan aktres itu kembali pulih seperti biasa.

wanida791857: semoga cepat sembuh..take care my dear…
mrszaralurza: Get well soon sharmila..

zaliharipin59: semoga segala d permudahkn cepat sembuh

anamd67: Sakit apa ya.. semuga dipermudahkan operasi nnti. Amin

Kami mendoakan agar kesihatan Wan Sharmila kembali sembuh seperti sediakala.
ot;1" />
Powered by Blogger.