F Wan Sharmila Jalani Pembedahan di Bahagian Tulang Belakang | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Wan Sharmila Jalani Pembedahan di Bahagian Tulang Belakang

Aktres Wan Sharmila, selamat menjalani pembedahan pada bahagian berhampiran tulang belakangnya, tiga hari lalu, di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota.

Memetik laporan BH online, pelakon berusia 35 tahun itu menjalani pembedahan ringkas yang memakan masa kira-kira sejam itu atas nasihat doktor bagi mengelakkan kesakitannya daripada melarat, selain boleh mengundang penyakit lain dan kesan jangka panjang.

Katanya, dia sudah lama sering mengalami rasa sakit pada bahagian tersebut namun membiarkan saja kerana menganggap ia tidak serius. Namun kesakitan itu kembali semula ketika dia pergi bercuti di Korea baru-baru ini. Atas nasihat doktor, dia perlu menjalani pembedahan tersebut.

"Saya jenis orang yang takut dengan doktor. Hendak ke hospital atau klinik pun jadi 'gabra'. Cuma, saya harus ingat, kita tidak boleh mengambil mudah perkara berkaitan dengan badan dan kesihatan diri.

"Senang cerita, kalau rasa tak sedap dalam hati atau badan, segeralah berjumpa doktor. Jangan tangguh-tangguh," katanya yang akan kembali ke lokasi penggambaran sebuah drama baharu, minggu depan.
ot;1" />
Powered by Blogger.