F Wan Raja menanti cahayamata kedua | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Wan Raja menanti cahayamata kedua

PELAKON Wan Raja, 39, mengesahkan isterinya yang juga pelakon Yaya Maembong hamil anak kedua.

Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar berkata, isterinya kini hamil tiga bulan dan dijangka bersalin Februari tahun depan.

"Kebetulan tarikh lahir saya pada Februari dan berharap dapat berkongsi tarikh lahir sama dengan anak," katanya.

Bapa kepada pelakon cilik Seri Aileen Marissa yang kini berusia satu tahun tiga bulan ini berkata, dia tidak kisah mengenai jantina bayi dan mendoakan kesihatan kandungan isterinya.

"Seronok juga kalau dapat anak lelaki kerana sudah ada anak perempuan. Namun, semuanya kuasa Tuhan dan tidak kisah sekiranya anak kedua adalah perempuan," katanya.

Seri Aileen Marissa yang comel mula mencuri perhatian netizen selepas berlakon dalam drama bersiri Sayang Papa Saya Tak dan bayi itu kini mempunyai lebih 247,000 pengikut di Instagram.
ot;1" />
Powered by Blogger.