F Vila Mewah Ailee Dianggap Macam Rumah Hantu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Vila Mewah Ailee Dianggap Macam Rumah Hantu

Niat penyanyi bersuara lunak, Ailee, yang berkongsi kegembiraan mengenai rumahnya di luar Korea bertukar menjadi berita menyeramkan apabila ada pihak mendakwa kediaman eksklusif miliknya yang terletak New Jersey itu seperti rumah berhantu.

Menerusi sebuah video di akun Instagram @aileeonline miliknya menunjukkan penyanyi lagu I Will Go To You Like A First Snow memasuki halaman rumahnya. Dia juga berkata, "Ini rumah saya."

"Akhirnya sampai di rumah. Ya, bagi kalian yang ingin tahu, saya pindah ke Virginia dan membina rumah ini dari awal bersama keluarga saya. New Jersey/New York masih ada di hati saya.", tulisnya.

..

Posting Ailee ini pun mendapat perhatian netizen. Pun begitu da yang mempersoalkan kenapa rumah Ailee seperti terletak di kawasan terpencil sekaligu menganggap suasana rumah itu macam berhantu.

..

"Rumahnya nampak besar tapi kawasan sekitarnya tak nampak seperti kawasan yang dihuni ramai orang," komentar netizen.

"Macam rumah berhantu. Seram," komen seorang lagi.

"Kenapa rumahnya nampak seram? Seperti rumah dalam filem seram," tanya seorang lagi.
ot;1" />

Powered by Blogger.