Berita Terkini
recent

Video Parodi I Am Me Bikin Netizen Gelak 'Pecah Perut'

Meskipun menerima banyak komen sama ada positif dan negatif, namun lagu nyanyian jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang berjudul I Am Me kini berjaya menjadi igauan sekaligus siulan ramai.

Terbaru, seorang lelaki yang tidak asing lagi namanya menerusi aksi-aksi video parodi, @TheFaizRoslan tular gara-gara aksinya yang mencuit hati menerusi video parodi I Am Me.

Rata-rata pengikut laman sosial memberik komen mengatakan mereka terhibur dengan gelagatnya yang menari dengan gaya selamber di setiap sudut di dalam rumahnya sambil mengibarkan skirt kembang merah jambu yang dipakainya.

Video yang bertajuk I Am Me - Dato' Seri Vida (Parody) yang dimuat naik sejak 7 Julai itu kini sudah mencecah lebih 88,000 tontonan.



Sementara itu, video rasmi lirik I Am Me kini sudah mendapat lebih 200,000 tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 14 Julai lalu.
ot;1" />
Powered by Blogger.