Berita Terkini
recent

Usop mahu kongsi rezeki Aidilfitri

Tidak dinafikan, nama Usop yang merupakan protégé kepada Hazama,menjadi buah mulut ramai sejak menyertai pertandingan Mentor Milenia 2017.

Meski tidak berjaya menggondol gelaran juara, namun figura ini tetap dikenali dek personaliti dan karakter lucu yang dibawanya.

Mengimbas kembali susur perjalanannya di dalam Mentor Millenia lalu, lalu Usop atau nama sebenarnya Muhammad Siaful Naim Muhd Noor, 20, mulai mencuri perhatian khasnya netizen ketika melakukan persembahan di konsert pengenalan mendendangkan lagu Permata Cinta (lagu asal Aiman Tino).

Sejak itulah, namanya pantas mendaki tangga populariti dan secara tidak langsung, muka baru dalam dunia seni suara ini menjadi tular di media sosial khasnya.

Setelah tamatnya program tersebut, bermulalah perjalanan anak jati Kulim, Kedah ini dalam realiti sebenar industri. Mengatur langkah untuk terus maju, meski cabaran terpaksa di hadapi.

Mengakui agak sukar untuk menjalani kerjaya seni tanpa bantuan artis senior, Usop memberitahu dia masih lagi belajar untuk memahami selok-belok dunia seni tempatan.

 Bukan insan sempurna

Katanya lagi kepada Kakigosip, sebagai manusia biasa dia juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Pastinya, kesilapan yang pernah dilakukannya itu akan dijadikan sandaran untuk menjadi individu yang lebih baik pada masa depan.

Beberapa bulan lalu, namanya sebagai pelapis penyanyi baru berbakat sedikit tercalar apabila dia dikatakan kurang mesra media, malah enggan memberikan nombor telefonnya kepada rakanmedia bagi tujuan temu bual.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Usop secara ikhlas meminta maaf, sekali gus mengakui akan khilaf yang telah dilakukan.

“Saya masih lagi baru. Tak tahu sama ada mereka mahukan nombor saya untuk tujuan apa. Saya juga tidak kenal lagi rakan-rakan media.

“Jadi sukar untuk saya pastikan mana satu yang betul dan sebaliknya. Apa pun, di bulan yang baik ini, saya minta maafandai ada pihak yang terasa. Memang tak ada niat untuk buat macam. Sebagai artis baru, sudah tentunya saya pun perlukan sokongan media.

“Malah, pihak pengurusan juga ada memberikan nasihat berhubung perkara ini dan kalau boleh, saya mahu jernihkan keadaan,” katanya yang turut mengambil pesan Hazama sebagai tip terbaik yang perlu diguna pakainya setelah bergelar artis profesional.

“Dia pesan pada saya. Katanya, selepas tamatnya Mentor Millenia, Usop kena buat semua. Berdiri atas kaki sendiri sebab kalau Usop bagi orang lain yang buat, nanti Usop tak akan belajar apa-apa.

“Jadi sedari saat itulah, saya mulai berdikari dan cuba untuk menempatkan diri dalam industri dengan bantuan dan tunjuk ajar pihak pengurusan,” katanya lagi.

Berkongsi mengenai perkembangan seninya pula, Usop memberitahu pada fasa sekarang, dia masih lagi tercari-cari lagu sesuai untuk dijadikan single pertama.

Tambahnya, dia sudah ada menerima beberapa buah lagu namun terpaksa ditolak dengan cara baik kerana dirasakan kurang ‘kena’ dengan jiwanya.

“Kalau boleh saya mahukan lagu yang ada unsur 90-an, tangkap leleh dan jiwang. Sebab itu memang jiwa yang saya. Akim Rusli pun ada bagi lagu untuk saya dengar. Apa pun, saya perlu pilih yang terbaik demi memuaskan hati peminat

“Namun dalam masa terdekat, saya mungkin akan nyanyikan sebuahlagu runut bunyi untuk sebuah drama,” ujar Usop yang bakal menyambut 1 Syawal di Kedah.

Kerja malam raya

Sambil mengakui kehidupannya kini sudah pun berubah 360 darjah, Usop memberitahu dia terpaksa bekerja pada malam raya.

“Saya terlibat dalam program Pop TV Raya dan selepas itulah, saya akan pulang ke kampung halaman. Yelah, jalan ini yang saya pilih.Jadi perlulah laluinya dengan hati terbuka. Kalau dulu, kami adik-beradik dan berkumpul pada malam raya buat persiapan apa yang patut.

“Tapi pada tahun ini, saya perlu bekerja.“Sebelum ini ibu bapa yang membantu saya, jadi biarlah kini iamenjadi tugas saya pula untuk menjaga mereka. Memang sudah pasang niat tahun ini, saya mahu belikan keluarga baju raya.

“Kongsi rezeki yang ada bersama insan tersayang beri makna yang cukup besar bagi saya. Alhamdulillah atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya pada saya,” bicara Usop memanjat kesyukuran dan sudah pun memasang niat untuk berkongsi rezeki bersama keluarga sempena raya ini.
ot;1" />
Powered by Blogger.