Berita Terkini
recent

Usahawan Naza lamar anak Vincent Tan di Maghribi

Anak jutawan terkenal Tan Sri Vincent Tan telah dilamar teman lelakinya,SM Faliq SM Nasimuddin.
Anak dua keluarga perniagaan besar dan terkenal, yang selama ini diketahui dilamun cinta, bakal melangsungkan perkahwinan.

Faliq, yang juga anak lelaki kepada Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin telah melamar Chryseis Tan,29, ketika mereka berdua bercuti di Marrakesh, Maghribi Jumaat lalu.

Pemuda berusia 32 tahun ini adalah salah seorang pewaris kumpulan Naza, salah satu nama terbesar dalam industri permotoran di Malaysia.

Manakala Chryseis pula adalah anak kepada Vincent Tan yang merupakan jutawan dalam pelbagai perniagaan termasuk bidang hartanah.

Anak pemilik syarikat kumpulan Naza dan kekasihnya, anak Tan Sri Vincent Tan, mengumumkan pertunangan mereka di Instagram malam tadi.

Gambar tersebut menunjukkan Faliq melutut di depan Chryseis yang kelihatan terkejut dan terharu dengan aksi romantis teman lelakinya itu.

Foto ahli perniagaan muda itu menghulur cincin kepada kekasihnya sambil melutut dengan latar bunga bertulisan “Will you marry me?” dimuatkan oleh Chryseis.

Susulan daripada perkongsian gambar tersebut, laman Instagram Chryseis dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan pasangan kekasih itu.

Faliq yang kini timbalan pengerusi eksekutif dan pengarah urusan kumpulan Naza TTDI Sdn Bhd itu telah mengenali Chryseis sejak di bangku sekolah lagi.

Sementara Chryseis pula ketua pegawai eksekutif Berjaya Times Square dan pengarah eksekutif Berjaya Assets Berhad.
Powered by Blogger.