Berita Terkini
recent

Ujian Imbasan Otak Terhadap Mus – Isteri

Vokalis kumpulan May, Mus atau nama Mustaffa Din dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat demam panas sejak tiga hari lalu.

Menurut video yang dimuat Saiful Azmi Jamsari bersama saudara mara dan isteri Mus May, Suraya Bahari memberitahu, suaminya itu dimasukkan ke ICU oleh doktor ekoran situasi diri dia yang lemah.


Isteri Mus May yang lebih dikenali Kak Sue berkata Mus mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan sudah mendapatkan rawatan di klinik biasa.

Tambahnya, Mus mengalami deman suhu yang agak tinggi dan kini berehat bagi membolehkan keadaannya kembali stabil.

Suraya berkata, doktor akan melakukan ujian imbasan otak terhadap Mus untuk memastikan sama ada terdapat darah beku dalam otaknya.

“Doktor menjangkakan suami akan ditahan selama dua minggu sehingga keadaannya benar-benar pulih sebelum dibenarkan keluar.

Kini dikhabarkan keadaan Mus May beransur pulih dan suhu badannya telah menurun. Kami berharap agar Mus May kembali sihat seperti sedia kala. Insya-ALLAH.

Berita mengenai Mus juga turut dikongsi pegawai perhubungan awam, Ayob Abd Majid di laman Facebook miliknya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.