Berita Terkini
recent

Uee Tutup Akaun Instagram Selepas Nafi Bercinta Dengan Kangnam

PENYANYI Uee memohon maaf kerana menyebabkan kekeliruan selepas memuat naik status penafian secara peribadi di laman Instagram baru-baru ini.

Apabila gosip hubungan cinta Uee dan Kangnam mula menjadi bualan, Uee telah menafikannya menerusi akaun laman sosial.

Namun selepas daripada itu, portal hiburan Dispatch mendedahkan foto mesra mereke berdua di hadapan rumah penyanyi tersebut.

Bagaimanapun, agensi pengurusan Uee mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa dua selebriti ini baru menjalinkan hubungan.

Peminat menuduh Uee yang tidak jujur sebelum bukti hubungan cinta pasangan tersebut didedahkan.

"Ketika saya memuat naik status tersebut saya terlalu panik kerana secara tiba-tiba berita saya bercinta dilaporkan sedangkan hubungan kami baru tiga bulan.

"Sekali lagi, saya memohon maaf kerana tidak berfikir sebelum melakukan sesuatu. Untuk pengetahuan, saya dan Kangnam dalam proses mengenali hati budi.

"Tujuan sebelum ini saya menafikan kerana bimbang ia akan memberi kesan kepada Kangnam dan krew drama produksinya.

"Namun, perkara tersebut tidak menganggu emosi kami berdua dan akan terus bersama. Terima kasih dan minta maaf sekali lagi!" tulis Uee.
Powered by Blogger.